Pages

29 June 2014

. TULISAN UNTUK DIA II .

Tuan.

Entah kenapa tiap kali namamu diungkapkan, hati ini masih bisa merasakan getaran. Perasaan aku padamu tuan, biar bertahun berlalu meninggalkan tetap tak pernah hilang di bawa haluan.

Andai saja aku tidak bertemumu tuan. Pastinya perasaan ini takkan wujud sedalam ini. Sakitnya tuan. Hanya aku rasakan.

Membuangmu jauh-jauh dari hati aku begitu sukar tuan. Tiap hari aku memaksa diri. Lupakan segala yang ada antara kita. Tapi hati ni tak pernah benarkan itu berlaku.

Tuan.

Ku lihat kau baik-baik sahaja di sana bersamanya. Mungkin hati ini saja belum menerima hakikatnya sedangkan kau dah temui bahagia. Walau aku sakit merindukan kita. Tetap aku bersyukur. Kau bukan yang dulu lagi tuan. Kau berhak bahagia. Dan insyaAllah. Aku juga akan bahagia.

:: Tulisan untuk dia. Moga kita sama-sama bahagia walau bukan bersama ::

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik