Pages

26 May 2014

. SHORT TRIP TO HATYAI II .

.
Sambungan dari SHORT TRIP TO HATYAI .

Turun ja kitaorang kat Central Mall, maka bermulah misi menghabiskan duit baht. haha.
Sempat jugak la membeli :-

Handbag Gucci        : 1000 baht (harga asal 1500 baht)
Tali Pinggang Boss   : 200 baht (harga asal 280 baht)
Dompet lelaki Bonia : 200 baht (harga asal 250 baht)
Rayban (2 unit)         : 300 baht (150 baht/satu - langsung tak boleh tawar)
Baju Hatyai 6 helai   : 600 baht (harga asal 120 baht/sehelai)
Cheongsam Budak    : 220 baht (harga asal 250 baht)
Cenderahati              : 120 baht (harga asal 130 baht)
Van Dannok - Hatyai: 228 baht (57 baht/satu kepala)

Jumlah Perbelanjaan : 2868 baht (nilai RM290- anggaran)

Dah habis shopping, kononnya nak balik ke Dannok dah la kan. So kita orang p la ke tempat kita orang diturunkan tadi. Amek tuk tuk untuk ke Hatyai (20 baht/satu kepala = RM2). Murah kot! Ingatkan dia akan hantar terus ke Dannok. Rupanya tak, dia akan hantar ke macam satu stesen la (tp bkn stesen sgt pn). Turun di situ dan kena naik van pulak. Patutlah murah. hihihi. Oh ya, untuk amek van ke Dannok pun, still harga yg sama jugak (RM7 = 57 baht satu kepala). Ingatkan dah boleh balik ke Dannok, tapi encik Tunang ni tak puas shopping lagi rupanya. Aku dah tahap nak tercabut kaki ni, dia boleh rileks lagi -__-. Pusing-pusing pulak dekat dalam Pekat Hatyai jugak (cuma jauh skit dari Central Mall tadi. Alah macam Jalan TAR nak p masjid india la. Lebih kurang ja). Sambung pulak shopping situ :-

Baju Hatyai  3 helai    : 450 baht (150 baht/sehelai - langsung tak boleh tawar)
Kain Batik                  : 100 baht (langsung tak boleh tawar)
Dompet Lelaki Gucci : 220 baht (harga asal 260 baht)
Handbag biasa           : 250 baht (langsung tak boleh tawar)
Jaket Varsity              : 400 baht (harga asal 480 baht)
Tuk tuk                      : 80 baht (20 baht/satu kepala)
Van Hatyai - Dannok : 228 baht (57 baht/satu kepala) (adik aku bayarkan)

Jumlah Perbelanjaan : 1500 baht (nilai RM150- anggaran)

Masa shopping di sini, ada satu mak cik ni dia buat luahan tentang kes pengeboman tu. Seolah-olah media menutup pintu rezeki dorang. Makcik tu cerita kes tu bukan besar, tapi media yang update lebih-lebih sampai orang takut nak mai. Serius rasa kesian sangat kat mak cik tu. Dia baik sangat, siap offer gunakan tempat dia lagi kalau nak solat ka rehat. Maaf ya mak cik. Semoga Allah makin murahkan rezeki makcik selepas ni dan akan mendatang ya.

Ok. Kali ni betui. Dah habis shopping. Serius rasa nak cepat balik sebab dah lenguh kaki sangat. Lega sangat bila dah sampai ke Pekan Dannok. Tekak ni dah dahaga tahap taktau nak cerita la. Nak beli air kat sana, suma label minuman/makanan dalam bahasa Thailand so dah was-was. Itu yang tahan ja rasa dahaga dari Hatyai. Sampai Dannok, cuba cari air kotak / botol yg ada label halal dan tempat asal pembungkusan. Dan jumpa la yeo's yang alamat pada label kotaknya dibuat dari kilang di Malaysia. Apa lagi, bedal la. Pusing pulak sat kat Pekan Dannok dlm 15-20 minit. Tapi takde apa sangat pun, dok cari pati tomyam tapi tak jumpa last-last encik Tunang ajak keluar dan dok tanya mana cari coklat. (alkisahnya aku gtau dia ada org mai shopping coklat gak kat situ).

Masa nak keluar dari Dannok tu, kita masih kena lalui prosedur yang sama tau. So kena la bawak keluar Passport/Border pass korang tu dan selitkan RM1 di setiap satu untuk imigresen Thai cop. Berjalan kaki kembali ke parking kereta. P simpan barang dulu dalam kereta. Pastu p masuk kat Kompleks Bebas Cukai tu nak shopping coklat pulak. Ha. Ni lagi satu. Dah sampai ke parking kereta, baru teringat duit baht ada baki lagi dlm 571 baht. Lupa nak tukar balik dalam RM sebelum keluar dari Dannok tadi. Nasib baik kat Kompleks Bebas Cukai tu ada money changer. Cuma rugi sikit la sebab nilai depa amek (RM1 = 9.85 baht). So, kitaorang tukarkan balik 550 baht, dapatlah dalam RM55. Jadilah tu untuk beli coklat. Kitaorang beli coklat Daim, Hershey's, Ritter Sport dan Toblerone. Jumlahnya dalam RM52. Actually aku bukanlah seorang penggemar coklat. Jadi semua coklat tu encik Tunang yang makan ye. Bukan aku. hehe. Oh ya, ada baki lagi RM3. Buat bayar parking, total duit parking adalah RM6 (ok la tu, kita orang masuk kui 10.30 pagi, keluar pukui 4.30 petang. dlm 6 jam)

Actually kan, kita orang ada plan nak ke Floating Market. Tapi macam berat hati jugak nak ke sana sebenarnya. Takpe la, insyaAllah ada rezeki akan jejakkan kaki lagi ke sana. Selesai misi shopping. Moh kita balik. Tapi bukan balik ke Penang ye, balik ke Alor Setar. sebab Sabtu dan Ahad (24 & 25 Mei) tu kami ada kursus kahwin di Jitra.

Ok la. Sampai sini dulu aku kongsi cerita tentang trip ke Hatyai ni ya!

Later we talk-talk. hehe

With love,

          

2 comments:

Nurdiana Aniff said...

Menarik dan detail sangat perkongsian gi shopping tu :) Tq.. Kita ni sekampung tapi saya xduduk penang da skang ni.. Salam perkenalan. Kalau berkesempatan mei lawat kindhearty.blogspot.com.

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Nur Diana.

Hehe. Share secara bercerita je sbb nak snap pic malas. Yeke? Btw, sy keja je di penang. tp kampung di tempat lain. hehe. InsyaAllah akan terjah ke sana ye :)

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik