Pages

27 April 2010

..::MEI or MAY::..




Perancangan untuk bulan paling bermakna dalam hidup aku ^_^



...........................................................................................................................................








1 Mei 2010
Akan berada d KL untuk menonton Konsert Mega Ungu






..........................................................................................................................................




2 Mei 2010
One of ma bestfriends birthday
-Nurul Aida Sukarni-

One of ma FB friendlist birthday
-Mazhair Shahroz a.k.a Elty-


..............................................................................................................................................







3 Mei until 7 Mei 2010




Persiapan akhir untuk Bengkel Pemantapan Personaliti Profesional di Taiping Golf Resort






..............................................................................................................................................



9 Mei 2010




One of ma office mate birthday




-Puan Shah Rina Abd Halim-




................................................................................................................................................










9 Mei 2010




Kimo akan berangkat ke Qatar




Mendoakan perjalanannya dan teman-temannya sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT




~ameen~



.......................................................................................................................................







12 Mei until 14 Mei 2010




Akan berada d Taiping Golf Resort untuk Bengkel Pemantapan Personaliti Profesional






.....................................................................................................................................................

13 Mei 2010
One of ma friend a.k.a adik birthday
-Mysara Abd Rahman-

......................................................................................................................................................

14 Mei 2010




One of ma bestfriends birthday




-Ismail Mohd Ali-



....................................................................................................................................................





16 Mei 2010




Happy Birthday to me..




May God bless me..




~ameen~






....................................................................................................................................



17 Mei 2010




Ma bestfriends birthday




-Khairul Muna Hj Ilias a.k.a Angah-




Ma officemate birthday




-EnDzorkarnain Ibrahim-




..............................................................................................................................................



18 Mei 2010




Adik angkat aku punya birthday




-Irinalia-






..........................................................................................................................................



23 Mei 2010




Fairuz Selamat punya birthday lo..



.............................................................................................................................................







25 Mei 2010




One of ma bestfriends punya birthday




-Norazaie Abas a.k.a Along-






....................................................................................................................................



29 Mei until 30 Mei 2010




Family Day at Teluk Senangin Village Resort, Lumut, Perak






.......................................................................................................................................



31 Mei 2010




One of ma cousins birthday




-Sumayyah Adawiyyah Bt Zainal-


Kimo berangkat pulang Malaysia

~alhamdulillah~


.......................................................................................................................................







..Wassalam..






22 April 2010

..::Daisy - OST::.

Assalamualaikum WBT....

Hehehe.. Lagu paling meninggalkan memori dalam hidup aku..

Setelah beberapa tahun aku mengelakkan diri dari melayan lagu ini..

Tetiba malam ini, aku kuatkan semangat..

Lagu yg pernah d tujukan pada aku..

Lagu yg pertama buat aku menitis air mata depan dia..

Lawak..lawak..

Lagu ni OST filem Daisy..

Kenapa aku publish dlm blog? Sbb..

La...ini kan blog aku..suka la aku nk publish apa pn..ehehe ;p

So, selamat melayan semua...

English translation (lyrics):

..The love i've been dreaming of...

..Is all so close to me..

..But all I can do is..

..Just watching you without words..

..In this city of strangers..

..I lived day by day painting love..

..Waiting and hoping that you'll be here..

..With the scent of daisies..

..It is too late but now..

..I finally recognize you..

..But maybe we were not meant to be..

..I never wanted to let this love fly away..

..But I am sorry i have to leave..

..With you still breathing here..

Selamat menghayati liriknya..ehehe

Wassalam (:


20 April 2010

..::CERITA HATI::..

Assalamualaikum WBT...

Maaf teman-teman.. Tiba-tiba aku rasa nak luahkan sesuatu..
Sesuatu yang amat mengganggu hati aku..Bukan niat aku nak jiwang..
Tapi itulah, tiap butir yang aku luahkan dah sememangnya begitu..
Aku bukannya Ella yang boleh rock dalam manja..
Aku juga bukan Adibah Noor yg sentiasa boleh buat orang ketawa..
Aku cuma aku..Hanya aku..

Titis air mata tika dulu, menjadi kebiasaan bagi pipiku..


Sejak tahun lepas lagi.. Aku benar-benar rasa dipermainkan...
Tahun paling menyuramkan dan penuh dugaan....
Errrmmmm..kenapakah? Biarlah hanya teman-teman rapat mengetahui kisah sebenarnya...
Aku dulu..??
Memang sedih.. Asyik menangis mengenangkan segalanya..
Aku dulu..??
Memang menyedihkan.. Bila tiap persoalan mereka, menjadi persoalan juga dihati aku..
Aku dulu..??
Memang berduka.. Krn tak tahu bagaimana mahu meluah..
Aku dulu juga..
Yg menyalahkan dia.. kerana aku jadi begitu!








Sedih sungguh aku dulu..
Hanya Along dan Acit sahaja yg tahu apa jadi pada aku malam itu..
Satu panggilan telefon telah hancurkan segalanya..
Satu panggilan telefon telah musnahkan rasaku terhadapnya...
Satu panggilan telefon, beribu makiannya aku terima..
Aku terlupa atau dia yg mahu melupakan..
Siapa aku padanya??
Aku melupakan atau dia dilupakan..
Apa hak aku sebenarnya??
Sungguh, aku menangis semahunya tika itu..
Panggilan Along dan Acit juga aku tak pedulikan pada mulanya..
Hanya kerana aku terlampau melayan perasaan..
Perasaan dihina..
Semalaman aku menangis.. Melelapkan mata? Amat sukar...
Esoknya, Aku pasti, ada teman-teman pejabat yg perasaan sembab pada mataku gara-gara menangis tak henti..







Aku hanya terfikir.. Aku ke yang salah..
Berbulan lama nya aku cuba terima keadaan.. Sungguh!
Memeritkan.. Air mata yang jatuh ini, hanya tuhan saja yang tahu..
Terluka di hati dgn tiap katanya.. Tiada pun ucapan maaf dibibirnya..
Malah, semakin menjauh aku rasai..
Aku redha.. Aku pasrah.. Aku terima takdirMu terhadapku, ya Allah..
Aku menangis.. Aku ketawa.. Aku tahu itu semua kehendakMu, ya Allah..
Kau uji aku.. Kau duga aku.. Atas kemampuanku..
Biar berat, biar membebankan.. Aku harus terus tempuh..
Aku cuma mohon padaMu..
Berilah aku hati yg bersih... Hati yg tulus.. Hati yg penuh beriman kepadaMu, ya Allah..
Agar aku tidak jatuh apabila diujiMu..
Kau rawatlah hati ku ini dengan berikan hidayah kepadaku...
Kau tenangkanlah perasaan ini, agar hati ini tidak hitam melindungi cintaku padaMu, ya Allah..
Ku mohon padaMu, ya Allah..



Aku cuba bangkit dari kekecewaan..

Aku cuba ketawa penuh keikhlasan..

Aku cuba senyum tanpa rasa dibeban..

Aku cuba mencari teman mengisi kesepian..

Aku cuba membahagia keluarga dengan penuh keinginan..

Namun diriku?

Aku cuba mendoakan agar diberi ketabahan..


Renung-renungkan dan selamat beramal...


..Wassalam..


16 April 2010

..::NEW BOYZ, Q-FACE DAN BOBOY::..

Assalamualaikum WBT..


Hehehe..mesti korang tertanya-tanya ttg apakah entri aku ni..
New Boyz, Q-Face & Boboy.. Fenomena yg pernah hadir dalam industri muzik malaysia..
Kehadiran mereka ibarat membawa warna baru dalam industri muzik..
Biar d uji, d keji & d puji..Hakikatnya mereka terus diminati sehingga kini..
Ya, malah aku..Ketiga-tiga kumpulan ini memberi pengaruh besar dalam hidup aku..
Pada remaja-remaja pada masa itu, ketiga-tiga kumpulan ini lah idola mereka..
Pada anak-anak gadis remaja ketika itu, semuanya berebut-rebut mahu memiliki mereka.. Jatuh hati dgn mereka..Jatuh cinta dgn mereka..Tergoda dgn senyuman mereka...
Aku pn salah seorang dari anak gadis remaja masa itu.. ;p
Remaja-remaja lelaki pula, semuanya mahu tiru gaya mereka..Pada yg dah ada makwe, semuanya risau ttg betapa "angau" nya makwe dia pd kumpulan-kumpulan ini...
Lihatlah...betapa kumpulan ini meninggalkan kesan dihati mereka..
dihati aku juga,..
Mari aku huraikan serba sedikit tentang siapakah kumpulan-kumpulan ini :


NEW BOYZ
Ahli asal kumpulan New Boyz semasa d awal kemunculannya.
Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-

1.(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
2.(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
3.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
4.(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
5.(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.

Apabila Syuk keluar daripada Kumpulan New Boyz, dia telah digantikan dengan Zack.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
3.(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
4.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
5.(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
6.(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.

Apabila Jay, Lan dan Along mengundurkan diri daripada Kumpulan New Boyz pada tahun 2004, mereka telah digantikan oleh dengan Rizz dan Ristoe.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
2.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
3.(Rizz) Ridza Faitullah. Pemain gitar utama.
4.(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.

Pada tahun 2007 sekali lagi New Boyz bertukar anggota di mana kali ini pemain gitar Rizz diganti oleh Afiez. Afiez mempunyai pengalaman dalam bidang muzik sebelum ini pernah menjadi pemuzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sentuhan gitar Afiez disumbang dalam album ke-6 New Boyz kali ini iaitu Semula Padaku.

1.(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
2.(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
3.(Afiez) Hafeez As'ad Azam. Pemain gitar utama.
4.(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Namun pada aku, sepanjang pertukaran anggotanya. New Boyz bersama ahli asalnya paling meninggalkan kesan dihati peminatnya. Jelas sekali selepas Syuk keluar, terdapat kekurangannya di dalam New Boyz (pada pendapat aku la..huhu).. Aku ingat lagi, New Boyz yang d tubuhkan pada tahun 1999 (betul ke eh?? huhu) Masa tu aku masih lagi berada dalam darjah 5 dan album pertama mereka iaitu "New Boyz Sejarah Mungkin Berulang" telah dikeluarkan, masa tu memang lagu Sejarah Mungkin Berulang la yg paling meletup..Malah lagu itu juga diminatiku sehingga kini.. Begitu besar sekali pengaruhnya pada aku..Biarpun orang kata lagu lagu leleh..lagu jiwang..lagu sengau..Biarlah,..pada aku lagu itu punya maknanya sendiri..Ada aku kisah korg pk lagu tu lagu apa...hehehe
Malah kawan-kawan aku juga turut menggilai New Boyz, berebut-rebutla mereka memilih mana satu calon yg sesuai utk d jadikan pkwe..ahahaha (termasuk la aku pn..;p ).. Yg paling tak tahan ada yg kecewa tika mendapat tahu Syuk telah punya kekasih hatinya (krn pd aku Syuk la yg plg byk peminat wanita..huhu)..Sabo je la melayan kwn2 aku saat2 tu..macam2 ada...huhu..
Hmm...yg paling terkini aku dengar, New Boyz kini lebih dikenali sebagai NB..masih kekal dgn ahli yg terakhir..Biarpun mereka masing2 dah punya komitmen lain..Apa yg dikata NB masih wujud..Kesahihannya, wallahuallam..

Antara album yang telah dihasilakn:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku.
..Selesai..
Q-Face

Fairuz, Angah, Qimie, Noh & Azan


Album Izinkanlah
Aku paling fanatik dengan kumpulan ini..ehehe..Suka samapai rasa nak melompat la ;p ..Lagu mereka ada lah jiwa aku.. Kehadiran mereka d katakan persaingan kuat New Boyz..Tak, muzik new boyz pun tak sekuat itu mempengaruhi hidup aku..Kenapa? Aku tergoda dgn wajah mereka ke? (Almaklumla, masa tu single lagi kn..ehehe.. ;p ) Atau lagu-lagu mereka sememangnya kena pada jiwa aku..Aku lebih senang begitu..Pertama kali dapat tahu ttg mereka adalah melalui majalah Mangga yg ada d siarkn sekali dgn lirik lagu "Terlena DiManis Bicara"..Masa tu aku tak dgr lagi lagu mereka ni..Just tgk lirik je..tp aku dah suka pd bait-bait liriknya..ehehe

"Kenangan mengusik dijiwa
Ku tahu itu dugaan
Biarkanlah ia berlalu kisah kita dulu
Yang masih terpahat di hati ini "
Malah aku nyanyikan sendiri lirik itu mengikut rentak suka hati aku..ehehe ;p
Akhirnya, pertama kali aku dengar lagu mereka adalah melalu Radio MuzikFM..hehe
Wah...sungguh! Suara itu..Lagu itu..Memang memukau hati aku!
Tekad aku masa itu..
Ya! Album mereka harus dibeli..
Bersungguh-sungguh aku,..Duit belanja sekolah yg diberi ibuku sebanyak RM2..
Aku jimatkan...
Hehehe..semata-mata nak sangat miliki album mereka ini..
Ya, akhirnya..Setelah sebulan mengumpul duit..
Kaset Izinkanlah akhirnya berada d tangan aku..
Yiehaaa!!! Terima kasih Allah!!
Hampir saban hari sebelum tidur, lagu-lagu mereka menjadi dodoian utk tidur lenaku..hehe
Malah adik aku juga sampai terpengaruh dgn mereka juga..ehehe
Begitu sekali kan?
Ahahaha..
Namun bahagia aku tu tak lama..
Bila album tu secara tak sengaja d hilangkan oleh seseorang..
Sedih sangat..
-_-
Pada masa itu juga aku dengar bahawa..
Q-Face mahu senyap seketika memandangkan masing2 mahu tumpukan pada pelajaran..
Namun aku hampa..
senyap mereka bkn seketika..
Tp sehingga kini...
Hmmm..apa yg aku dengar skrg..
Salah seorang ahli group Q-Face iaitu Angah, telah kembali ke rahmatullah (alfatihah utk beliau)..
Noh, Azan & Qimie pula sepi tanpa khabar..
Manakala vokalisnya kini sedang berkhidmat sbg PTD di agensi kerajaan sambil giat memperjuangkan minatnya dalam bidang seni..
Aku masih menanti penyatuan semula mereka...
..Selesai..
BOBOY

Kumpulan Boboy terdiri daripada 5 orang anggota yang kesemuanya lelaki.
Senarai anggotanya ialah :-

Muhammad Muzaffar (Muz)
Mohd Addinan bin Azmi (Didi)
Aris Fahmi Zulkifli (Achik)
Shah Azrizal bin Kamarulzaman (Shah)
Wan Naqiuddin bin Wan Najib (Naqiu) - penyanyi
Tak banyak yg aku nak huraikan mengenai mereka..Kerana kemunculan mereka ini seiring dgn Q-Face..Aku lebih fokuskan kepada Q-Face pada masa itu..ehehe..
Namun harus aku akui, ada juga antara lagu mereka yang sering menjadi siulan aku d bilik air..ehehe..
Kwn2 ku memanggilnya lagu putus cinta..
ehehe..
Aku pasti korg msti tahu...
Lagu tu bertajuk "Episod Cinta"..
Hmm..aku juga punya kisah lucu berkaitan Boboy..
Zaman sekolah menengah kn..biasa la..msti ada cinta monyet kn..
Tp bkn aku k..
hehehe..salah seorang teman rapat aku..
jatuh hati pada seorang lelaki yg sekelas dgn abg aku hnya kerana mukanya seiras ahli kumpulan Boboy ini iaitu Muz..
hehe...
Maka bermula la episod cinta mereka yg menggunakan aku sbg org tgh..ehehe..
Kelakar..
Namun hubungan mereka hnya mampu bertahan seketika..
Yelah, dah jatuh hati pn krn rupa kn,,,huhu
Hmmm...kumpulan ini pun hanya mampu bertahan sekerat jalan jgk...
..Selesai..
Akhirnya kan, berjaya juga aku siapkan entry ini atas ajakan seorang teman..ehehe..
Ya, aku harapkan mereka buat "come back"..
Terutamanya Q-Face..
Aku pasti, biarpun mereka suma sudah berpecah..
Namun lagu-lagu mereka masih terpahat d hati anak remaja masa tu..
Percayalah, pengaruh mereka masih kuat..
Biarpun muzik masa kini lebih tertumpu pada aliran "indie"..
Namun lagu-lagu "leleh" kumpulan-kumpulan ini tetap terbaek!
..Semua ini pada pendapat aku je la..
Wassalam



12 April 2010

..::JIWANG LAGI?::.

Assalamualaikum WBT...

Wah…
Mood itu sudah datang..

Bila jari ini rancak menaip sesuatu yang berlari di minda…

Aku dan jiwang? Jiwang sangat ke aku ni? Ehehe.. Pada korang yg pertama kali baca post aku ni, korang boleh rujuk dgn entry yg sebelum ..

Berbalik kepada JIWANG.. Entahla, aku ini memang macam ini..
Tiap butir yg aku luahkan, itu la yg telintas dipemikiran aku.. Nak kata aku jiwang, tak kot (skit2 ada la..ehehe..)

Aku berkata-kata, merujuk pada pengalaman lepas.. Apa yg aku lalui.. Itu lah luahan hati aku,..

Mungkin aku susah nak luahkan pada yg bernyawa..
So, ma blog dan FB aku la jadi mangsanya.. Huhu.. Apa-apa pun, aku senang dengan cara aku.. Orang keliling pula? Harapnya begitu la..

Bila aku bahagia, aku senang utk kongsikan dengan satu dunia..
Namun bila aku berduka, cukuplah aku sahaja mengetahuinya..

Cuma blog sahaja tempat aku luahkan segalanya..
Sebab? Sebab aku senang..meluahkan tanpa ada komen yg akan menyakitkan hati.. Aku boleh luahkan tanpa aku risau sekiranya ada yg terlihat air mata aku ni..

Namun aku bersyukur YaAllah..

Alhamdulillah, setelah Kau uji aku..
Akhirnya senyuman itu kembalikan pada aku… Biarpun aku tak pasti sehingga bila senyuman ini menjadi milikku..
Namun aku bahagia..

Keluarga, teman rapat & si dia.. Aku bahagia kerana korg ada disisi aku.. Terima kasih yaAllah.. Terima kasih kerana membenarkan aku merasa bahagia..

Si dia yg ku gelar “seseorang”.. Aku cuba yg terbaik utk mengukir senyuman terikhlas utkmu..

Aku terluka, tertekan..Kerana kesilapan aku sendiri.. Sehingga kini aku masih mencari titik noktah itu.. Aku hanya akan merasa sebebas-bebasnya bila noktah itu ku temui..

Aku tahu, ada yg memandang serong pada aku.. Namun, aku harus bagaimana? Takkan mahu ku khabarkan pada satu dunia tentang perkara sebenarnya.. Tidak! Biarlah hanya aku dan mereka yg memahami sahaja mengetahuinya..
Kehidupan tetap perlu diteruskan? Ya! Aku mesti bangkit..bangkit dari rasa lemah itu.. Cari kembali NUR AIDILA MOHD LOKMAN yg dulu! Alhamdulillah.. Rupanya Allah SWT masih sayang aku..DiujiNya aku sebegitu utk menyedarkan aku dr kealpaan..

Terima kasih yaAllah...

Kepada “seseorang”, jika terbaca entry ini..
Aku mahu memahami isi hatimu..
Namun kekecewaan aku membataskan rasa hati ini..
Mungkin juga ke “diam” an mu akan membuat aku dibelenggu rasa tanda tanya..
Aku berdoa, aku tabah, aku redha..
Apa pun katanya, aku yakin dgn ketentuanNya..

InsyaAllah..
Ameen…




09 April 2010

..::CINTA DAN HARAPAN::..

Cinta dan Harapan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara


Assalamualaikum WBT..

Aku suka lagu ini..Liriknya..Melodinya.. Indah sekali..
Mood aku sekarang memang tengah asyik melayan lagu ini..
Kenapakah? Sukar aku menjelaskannya..
Paling aku gemari, part ini..

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan


Berulang kali aku mengulangi part ini..

Jiwang kan aku ini? Bukan jiwang la.. Cuma dalam hati ada taman...

Aku telah terbiasa terluka, namun aku tak putus asa..

Aku cuba untuk terus berusaha, bukan sekadar untuk cinta...

Cuma mencari secebis bahagia..

Terus berdoa, moga semuanya dipermudahkannya..

Aku menunggu luahannya...





05 April 2010

..::Andai Mimpi Itu Benar::..

Assalamualaikum WBT..

Entry ini diwujudkan atas cadangan temanku, Aina..

Tanggal 5 April, aku baru nak masuk tidur dalam jam 1.30 a.m..
Suasana yang sunyi sepi..Aku mula merebahkan diri..
Usai jam 2.00 pagi baru mata ini mula memejamkan diri..

Tetiba aku rasa semacam..Pandangan sekelilingku begitu asing sekali..
Dalam hati aku berkata, "Ramainya orang, aku di mana ni..?" Aku pelik..

Aku terus melangkah, secara tak aku duga..

Rupa itu, seperti aku kenali sekali..

Dia menuju ke arah akukah?
Tiada kata darinya, cuma senyuman sahaja terukir dibibirnya..
Oh sungguh! Aku memang tergoda sengan senyuman itu..
Aku kelu, dia juga diam membisu..
Apakah dia sedang menyusun kata-kata untuk diluahkan..
Luahkanlah wahai kesayanganku..
Apa jua bicaramu aku pasti terima..
Wah! Jiwang sungguh ya?
Aku makin gementar menanti tuturnya, dia seakan memahami..
Lalu dikeluarkan sesuatu untukku, dari manakah datangnya benda itu..
Aku tak tahu..
Comel sekali! Pink, berbulu, ada baby, reben! Persis Minki aku..Tapi kenapa ada pada dia?
Semakin aku gusar..
Dia serahkan Minki itu kepada aku..Minki seakan menjadi orang tengah luahan hatinya kepada aku..
Sungguh, aku tak memahami tingkahmu..Cuma aku mahukan luahanmu..
Benar, aku bimbang rasa hati ini salah..Lalu luahkankan dari bibirmu itu..
"Saya suka awak"..Akhirnya..


Seakan ada muzik mengiringi kegirangan hati ini..
"Hadirlah dirimu..Berikan suasana baru..Kau mampu tenangkan aku..Disaat risau dalam hatiku.."
Tuppppp...alarm handset aku berbunyi tepat jam 5.00 pagi..Aku terkejut..Rupanya itu hanya mimpi.. Mimpi indah sekali..Aduh..Kenapa alarm aku harus berbunyi di saat ini..

Sudahlah Aidila...
Hentikan sahaja mimpimu itu..
Seakan alarm itu menjerit di dalam bahasanya,..ehehe

Apaa-apa pun..Aku suka la mimpi itu! ;p
Siapakah? Hanya aku & Aina yang tahu..ehehe (:

03 April 2010

.::KATAKANLAH::.

Assalamualaikum WBT...

Jatuh cinta? Sungguh, aku tak pinta pun untuk secepat ini.. Tapi aku harus akui, hati ini memang dah terpaut pada seseorang,..Namun, kekecewaan lalu masih lagi bermain di jiwa ini.. Serik? Mungkin jua.. Janjiku..Cinta harus di buang jauh-jauh..Biarlah aku teruskan hidup ini seperti kebiasaan.. Aku tak mahu terusan menjadi hamba cinta manusia..Hati aku sakit..Perit.. Melupakan seseorang yang pernah kita sayang, memang sukar..Aku sendiri akui..betapa siksanya aku setiap hari untuk berbuat begitu.. Namun ketabahan kurniaanNya membuatkan aku mengatasi kelemahan itu..Rasa sedih yang aku rasa, berjaya d campak jauh..

Semuanya aku lakukan untuk kebaikan sendiri..Dan kini..rasa itu hadir semula..saat aku bangkit dari kecewa..Tidak Cinta..Hatiku ini masih berbaki luka..Aku tak mahu ia berdarah semula.. Pergilah..Biarlah aku jalani segalanya tanpamu..Aku tak mahu cinta pura-pura, aku juga tak mahu cinta terpaksa..Aku hanya mahu bahagia! Dan bahagia itu tak semestinya dgn cinta! Biarlah hanya CintaNya yg terus mekar dihatiku ini.. Rasa syg aku yg bercambah utk insan itu, biarlah aku kuburkan dahulu,..Kerana aku sendiri tidak yakin dengan dia...Call it phobia..Ye, aku mengaku.. Cuma, aku hanya mampu berdoa..Seandainya dia benar untukku, maka kau satukanlah hati-hati hambaMu ini YaAllah..Jika tidak, Kau kuatkanlah semangat aku untuk terus melangkah dibumi ini, YaAllah..

Aku bukan sesiapa..
Aku hanya aku..
Aku yang tiada keistimewaanya..
Aku yang tak pinta untuk menyayangimu ....


02 April 2010

..::IMPIAN JADI KENYATAAN::..

Assalamualaikum WBT..

BICARA KEDAMAIAN

Lagu : Zulhilmi Safain (The Messages Entertainment)

Lirik : MizDiela (The Messages Entertainment)

Susunan Muzik : Zulhilmi.team@production(indonesia)

Bukan sekali aku mendengar

Bukan sedikit aku melihat

Bicara kedamaian kian hilang..

Pernah aku terduga ,rasa getar dijiwa..

Mampukah aku untuk menghadapinya..

*Namun ku tabahkan hati..

Untuk terus melangkah mencari..

Walau mungkin ada yg menghalangi

Jangan berhenti..

Percayalah pada hati, kedamaian itu pasti ditemui..

Tanpa perlu rasa sangsi, yakinlah pada Ilahi

Semoga segalanya dapat di atasi

Ulang chorus *



 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik